MelBeads
SERIBU IMPIAN ...  itulah harapan setiap insan yang akan bergelar isteri, tunangan orang atau yang dalam proses mengenali pasangan masing masing.. memandangkan BULAN DISEMBER adalah syurga bagi setiap pasangan yang akan berkahwin, bertunang, dan yang mula menngenali pasangan masing2 sebelum melangkah ke tahap seterusnya...  tidak sah lah kalau tiba musim ini kesibukan pun mula melanda... kali ini sahabat setia ingin menempah baju kurung modern dengan beadings untuk hari bahagia sepupu yang akan melangsungkan pertunangan pada hari SABTU ini.. baju kurung dari kain lace berwarna hijau muda dan pink muda ini memang satu kombinasi yang cantik ..tambahan lagi sedikit di campurkan dengan pearls berwarna pink dan gabungan beads2 berwarna pink, hijau muda, biru terang dan kuning dan sedikit batu2 berwarna biru agar naik seri dan menjadikan si pemakainya kelihatan ayu dan berseri...tidak terlalu sarat kerana akan di tambah dengan aksesori di bahagian dada .. simple but classy .. semoga dengan harapan kali ini agar iannya berlangsung dengan indah dan segalannya berjalan dengan meriah ....  jom kita lihat hasil dr baju pertunangan dan tudung untuk si dara yang memakainya...




























MelBeads
Alhamdullilah ...Buat pertama kalinya himpunan tudung THE GLITZbeads Collection telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan .. memandangkan ini lah kali pertama Melbeads mengeluarkan himpunan tudung dan scarf .. ianya di buat secara Limited Edition ... warna yang berlainan dan jahitan beads nye pula berlainan tiap satu.. terdapat 12 warna yang berlainan dan juga jahitan nya pun tidak sama..

Dengan sambutan yang sebegini kemungkinan Melbeads akan mulakan keluaran  koleksi yang kedua .. Insyaallah!!









MelBeads
KOLEKSI TUDUNG DAN SCARFS HALFMOON menjadi kegemaran pengemar2 tudung yg panjang dan yg ber bentuk halfmoon.. kebanyakkan tudung2 yg di jual adalah tudung plain saja.. tp kita ubahsuai kan sedikit dgn meletakkan sedikit beads yg dijahit ditepi tudung supaya ianya nampak lagi cantik dan anggun.. kita tgk camana bentuknya.. tidak berserabut tapi nampak sangat anggun dan classy... jom













to be cont. ye...
MelBeads
SERANGKAI MAWAR ... alahai .. tajuk entri tak menahan di buatnya... hahaha.. Pelik kan.. walaupun kain yang bercorak berangkai2 ni kadangkala tak perlu sangat nak bermanik2 nih.. tapi ntahlah hati nih macam baju ni boleh buat manik walaupun serabut.. so tak buang masa terus tampalkan lace dan terus jahit beading mengikut warna2 di kain .. supaya masih mengekalkan elegan sipemakai tu nanti.. jom kita tgk .. bila kain berbunga2 yang rapat ..akhirnya terhasil cantik di baju ini...












MelBeads
LACEY LACE  berwarna biru muda ini di tampal di kain Thai silk supaya nampak lagi mewah ..ditampal bahagian hadapan baju dan di kedua belah tangan ...  kelihatan bila dah di tampal dlace tersebut bermula la episod jahitan manik di atasnya.. selalu nya saya suka menggunakan sequins.. tetapi kali ni tetap ada sequins dan sengaja di lebihkan manik2 bulat dan batu2 sedikit.. tidak terlalu serabut tetap nampak mewah dan klasik..   meh kita tgk bila dah siap kesemuanya.. ...





















MelBeads
KUNDANG atau biji buah kundang kalo di tenguk biji nya warna ungu yang amat terserlah.. cantik sngt warnanya .. apatah lagi di gabungkan dengan warna emas... terserlah sangat ... di jahit di kedua belah tangan..mula2 rasa macam tak berapa nak sesuai gabungan nih.. tapi bila mula di letakkan beads satu persatu baru lah nampa warna dan manik serta sequins td bergabung... sungguh menawan.. jom kita tgk apa dah jadi... hehehhe




















MelBeads
MUTIARA taburan pelbagai jenis dr jenis saiz maupun warnanya.. bila di adun dengan cantik dan di campurkan pula dengan batu2 berwarna memang sangatlah menarik .. apatah lg warna2 itu biar pun dipadankan dengan corak kain tersebut .. tetapi still nampak terserlah... Design kali ni memang sangat simple.. beadingsnya di buat di kedua bahagian atas bahu di di depan bahagian pinggang.. jom kita tgk .. apa dah jadi.. hahhaha
















MelBeads
2nd Batch untuk minggu nih .. dan yang selebihnya insyallah akan siap hujung minggu ini.. terima kasih kepada sahabat2 yang sudi menghantar tempahan bg jahitan manik... Terima Kasih semua..


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN




MelBeads
DAHLIA ... selalunya di kait kan dengan bunga2 kecil sederhana... warna bunga dahlia memang berwarna warni... begitu juga hasil jahitan manik kali ini.. iannya corak bunga yang agak sarat tetapi pabila di terapkan sedikit sana sini bunga2 kuntum kecil sungguh kelihatan menarik... di gabungkan pula dengan manik bulat yang terang bg naikkan seri baju kurung tersebut ... alangkah indah kain yang bersarat dengan corak bunga masih lagik kekal cantik dengan jahitan manik td... jom tgk... hehehe

















MelBeads
MUTIARA LARA ... gabungan mutiara pelbagai warna dan saiz... crumble yang warna dan size dicampur2 menjadikan butiran2 mutiara itu kelihatan sangat menarik dan cantik... sedikit taburan manik segi di jahit di tepian crumble agar menarik dan terserlah bg si pemakai... jom kita tgk.. hasil jahitan manik kali ini...















MelBeads
WARNA WARNA KEHIDUPAN... sudahnya.. hahaha... Baju kali ni simple saja beadings nya.. hanya dengan sebaris crumble di bahagian depan baju.. memandangkan corak serta warna sangat berwarna warni... even  kain jenis lycra cotton ini sangat lembut membuatkan apabila di jahit crumble ia amat berat.. so se simple yang boleh supaya tidak nampak berserabut dengan warna dan susunan beads dan batu2 berwarna warni ini... jom kita tgk.. best ke x.. hahhaha