MelBeads
WARNA yang bercampur campur dengan WARNA yang terang memang menjadi design untuk setiap kain batik sutera... tidak lagi warna warna yang agak suram dan kusam... himpunan WARNA selari dengan manik2 yang berwarna warna cukup senang untuk mengimbang setiap corak di atas kain sutera... masih lagi mengunakan sedikit teknik manik tabur di campur dengan sedikit bunga bunga kecil bg mencantik kannya  di bahagian tangan.. perlu di pelbagai jenis manik supaya kelihatan comel dan tidak keterlaluan... ok!! snap pics design kali ini....















MelBeads
MATAHARI cukup sinonim dengan pancaran sinaran terang di siang hari....... begitu juga dengan  bunga MATAHARI di visualisedkan pula si pencorak batik halus sutera untuk dijadikan idea di setiap kain sutra batik yang di hasilkan.. Warna dasar kain batik sutera selalunya sedikit warna pastel namun corak atas memerlukan warna yang agak terang untuk menaikkan seri kain batik sutera... di visualised kan pula dengan sedikit manik tabur untuk membuat kan warna manik2 td menyerlahkan lagi seri corak kain tadi.. tidak perlu di tambah sequins ke atas baju..hanya di perlukan manik2 bulat dan manik2 kristal...cuma sequins daun sedikit di tambah di kedua belah tangan agar ia nya seimbang...... simple tp tetap cantik di pandang si MATAHARI ni kan....... hehehe...

ta daaaaaaaaaaaaa... pic kali ini...

















MelBeads
Tabur tabur  manik melengkapkan  sesuatu design..tidak perlu berat tp ada kalanya ia tetap cantik sekiranya jahitan manik tabur di lakukan se simple yang boleh... design kali ini tidak meleret atau meriah tapi still kelihatan cantik walaupun di jahit sebaris dua saja....  untuk baju yg di jahit manik ialah 2 tone chiffon iaitu turquoise n brown. ... so hasil simple kali nih....








MelBeads
CAHAYA neon lampu sering di kaitkan dgn warna yang terang mampu menaikkan aroma mata ... ..seperti juga jahitan beads kali ini yang  nampak begitu indah di kain yang warna putih dengan biru muda .. ianya amat mempersona sekali bila dia highlightkan sedikit bunga dan batu serta manik supaya nampak bersinar di bawah CAHAYA lampu maupun CAHAYA matahari... sahabat mau kan ianya di jahit di kedua belah tangan .. di tambahkan sedikit sequince di tabur di atas baju supaya sedikit nampak berkilau di bawah CAHAYA lampu...  hasilnya nanti si pemakai tetap nampak ayu dan sesuai untuk di pakai di malam berinai adik iparnya yang akan melangsungkan perkahwinan pada minggu hadapan..... snaps kali nih....















MelBeads
SAKURA lambang sekuntum bunga ... mengadaptasikan nama bunga haruslah berangan skit nak menjahit beadings di kain warna yang terang ini... baju ala kaftan ini di beri setelah si pemakai nampak bajunya  kosong dan tidak menonjol terus di ajukan agar boleh tak ia nampak sedikit berseri untuk di jahit manik... tapi tidak mahu terlalu besar.. akhirnya setelah di bahagi tolak dharab dan campur ... hahhaha.. sedikit batu2 dan manik2 besar dan kecil bermain dengan kaler2 yang agak terang dan hasilnya tampak simple tapi terserlah apabila si pemakai mengayakan nya.. jom tgk hasil jahitan kali ini...










MelBeads
PURNAMA  pengantin untuk hari bahagia memang di impikan oleh setiap individu yang menantikan hari yang bersejarah dalam kehidupan baru mereka... dari hujung rambut sampai kehujung kaki.. persalinan demi persalinan di pakai bg menampakkan PURNAMA si pengantin dengan pakaian di hari bersejarah mereka.. kali ini di minta oleh  sahabat baik untuk di jahit manik supaya adik iparnya nampak lebih berseri biar pun beads tersebut di jahit minimal supaya tidak nampak sarat memandangkan pengantin yang begitu comel dan agak kurus saiz fizikalnya... so sedikit sana sini beads dan di bahagian baju kain thai silk hanya di jahit di tengah2 bahagian  lebih nampak elegan dan baru... sedikit snaps utk hasil kali ini ...


ditengah2 baju










beads di kain pula





MelBeads
PERSIS ZAMRUD kilauan manik dan batu hitam di tengah2 ... Terhasilnya baju hijau ini di jahit pula dengan lace berwarna hitam yang sangat cantik menjadikan kombinasi kain ini nampak sangat terserlah.... Padanan tersebut membuatkan si pemakai lebeh nampak ayu dan elegan.. ingin kan baju yang anggun serta menarik memerlukan jahitan beads tertumpu lebih di dada dan di tangan serta sedikit di baju ...tidak mahu kelihatan berlebihan beadings  ianya di jahit seringan supaya baju kelihatan mesra  dengan padanan lace hitam dan hijau zamrud....