MUTIARA LARA ... gabungan mutiara pelbagai warna dan saiz... crumble yang warna dan size dicampur2 menjadikan butiran2 mutiara itu kelihatan sangat menarik dan cantik... sedikit taburan manik segi di jahit di tepian crumble agar menarik dan terserlah bg si pemakai... jom kita tgk.. hasil jahitan manik kali ini...
MelBeads
WARNA WARNA KEHIDUPAN... sudahnya.. hahaha... Baju kali ni simple saja beadings nya.. hanya dengan sebaris crumble di bahagian depan baju.. memandangkan corak serta warna sangat berwarna warni... even kain jenis lycra cotton ini sangat lembut membuatkan apabila di jahit crumble ia amat berat.. so se simple yang boleh supaya tidak nampak berserabut dengan warna dan susunan beads dan batu2 berwarna warni ini... jom kita tgk.. best ke x.. hahhaha
MelBeads
!st batch dah siap... so esok dah boleh ambil baju masing2 yang sudah di jahit beads...Kali ni sistematik sket.. hahhaha.. tak mahu jadi macam tahun sudah kelam kabut dan tiba raya letih tak terhingga.. flat terus.. ... hehe untuk yang lain2 on the way ya!!!...Terima kasih semua kerana masih lg mahu menghantar baju untuk di jahit manik.. Tq!!!
MelBeads
3D GITUH... hahaha.. 1st attempt untuk wat kuntuman bunga2 tanjung nih ala2 3D... ntah ok ke tak.. nasiblah baju sendiri.. ..kurang2 tak jadi pun baju sendiri ..hi hi hi..but then memang mangambil masa yang lama sangat itu pun sebab tak biasa untuk menjahit manik .. 3D ... kalau kita tak pecahkan ruyong manakan dapat sagunya kan... ikut pepatah org tua2 kita... kita tak cuba tak tahu kan.. so gigihnya menghabiskan jahitan kali... ok kut.. hahhah.. jom tgk.. apa dah jadi ... YAY or NAY ... hahhaha
MelBeads
Bagi yang ingin membuat tempahan boleh lah membuat tempahan beadings untuk hari Lebaran (HARI RAYA AIDILFITRI) yang akan menjelang dua bulan lagi..Insyaallah... Sekiranya ada yang ingin membuat tempahan bolehlah membuat tempahan sekarang supaya tidak kesuntukkan masa nanti... Sila tinggalkan NAMA dan NO TALIAN anda di Message box atau boleh terus add saya di FACEBOOK (Melbeads) atau add di IG munimuttalib
Terima kasih kepada sahabat2 yang selama ini banyak membantu ... Thanks again...
Terima kasih kepada sahabat2 yang selama ini banyak membantu ... Thanks again...
MelBeads
HIJAU MEMBARA gituh kan... warna terang sebegini kalau di jahit lace berwarna coklat gold memang nampak kelainan... sedikit lari dr biasa yang kadang ramai memadan kan hijau dengan hitam... tp kali nih kita ubah sket... hehehe.. baju kurung moden ini di padankan dengan lace corak daun paku dan di jahit dr atas bahu melintang ke bawah... ianya di sulam dengan manik2 dan beads yang agak sama dengan warna yang di padankan.. kali ini tidak menggunakan sequins ... so pe kata kita lihat hasil nya...
MelBeads
LAYAH RINDU RINDUAN ..... Menghitung hari bahagian memang mendebarkan setiap pengantin baru ... begitu juga dengan si pengantin ini.. bakal adik ipar kepada kakak ipar ku ... meminta di di jahit layah untuk hari akad nikahnya... berkehendakkan lace dr baju yang sama .. dicantumkan di kain chiffon untuk layah di pakai di hari bahagianya nanti... setiap inci mahu nampak lebih kemas dan indah.. tidak cantik kiranya serabut dengan manik di atas kepala cukup hanya di jahit ditepi dan sedikit di atas bagi kelihatan naik seri pengantin nanti... jom sedikit pic untuk tatapan kita semua... hehe..
