LACEY LACE berwarna biru muda ini di tampal di kain Thai silk supaya nampak lagi mewah ..ditampal bahagian hadapan baju dan di kedua belah tangan ... kelihatan bila dah di tampal dlace tersebut bermula la episod jahitan manik di atasnya.. selalu nya saya suka menggunakan sequins.. tetapi kali ni tetap ada sequins dan sengaja di lebihkan manik2 bulat dan batu2 sedikit.. tidak terlalu serabut tetap nampak mewah dan klasik.. meh kita tgk bila dah siap kesemuanya.. ...
MelBeads
KUNDANG atau biji buah kundang kalo di tenguk biji nya warna ungu yang amat terserlah.. cantik sngt warnanya .. apatah lagi di gabungkan dengan warna emas... terserlah sangat ... di jahit di kedua belah tangan..mula2 rasa macam tak berapa nak sesuai gabungan nih.. tapi bila mula di letakkan beads satu persatu baru lah nampa warna dan manik serta sequins td bergabung... sungguh menawan.. jom kita tgk apa dah jadi... hehehhe
MelBeads
MUTIARA taburan pelbagai jenis dr jenis saiz maupun warnanya.. bila di adun dengan cantik dan di campurkan pula dengan batu2 berwarna memang sangatlah menarik .. apatah lg warna2 itu biar pun dipadankan dengan corak kain tersebut .. tetapi still nampak terserlah... Design kali ni memang sangat simple.. beadingsnya di buat di kedua bahagian atas bahu di di depan bahagian pinggang.. jom kita tgk .. apa dah jadi.. hahhaha
MelBeads
2nd Batch untuk minggu nih .. dan yang selebihnya insyallah akan siap hujung minggu ini.. terima kasih kepada sahabat2 yang sudi menghantar tempahan bg jahitan manik... Terima Kasih semua..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
MelBeads
DAHLIA ... selalunya di kait kan dengan bunga2 kecil sederhana... warna bunga dahlia memang berwarna warni... begitu juga hasil jahitan manik kali ini.. iannya corak bunga yang agak sarat tetapi pabila di terapkan sedikit sana sini bunga2 kuntum kecil sungguh kelihatan menarik... di gabungkan pula dengan manik bulat yang terang bg naikkan seri baju kurung tersebut ... alangkah indah kain yang bersarat dengan corak bunga masih lagik kekal cantik dengan jahitan manik td... jom tgk... hehehe
MelBeads
MUTIARA LARA ... gabungan mutiara pelbagai warna dan saiz... crumble yang warna dan size dicampur2 menjadikan butiran2 mutiara itu kelihatan sangat menarik dan cantik... sedikit taburan manik segi di jahit di tepian crumble agar menarik dan terserlah bg si pemakai... jom kita tgk.. hasil jahitan manik kali ini...
MelBeads
WARNA WARNA KEHIDUPAN... sudahnya.. hahaha... Baju kali ni simple saja beadings nya.. hanya dengan sebaris crumble di bahagian depan baju.. memandangkan corak serta warna sangat berwarna warni... even kain jenis lycra cotton ini sangat lembut membuatkan apabila di jahit crumble ia amat berat.. so se simple yang boleh supaya tidak nampak berserabut dengan warna dan susunan beads dan batu2 berwarna warni ini... jom kita tgk.. best ke x.. hahhaha
