MelBeads
BATIK KEKAL TRADISI ... walaupun banyak design atau kain2 bercorak yang di jual di gedung2 sekarang ini tapi Batik masih ada peminatnya sendiri.. nampak klasik dan ada valuenya tersendiri... Batik kali ini warnanya sangat lembut begitu juga empunya baju ini.. tidak mahu keterlaluan memandangkan dia mahu memakainya selepas ini ke pejabat ... di adunkan dengan warna2 lembut asas batik tersebut lalu terhasilah baju kurung yang tetap menawan...









MelBeads
LEBARAN 2014 muncul lagi selepas sebulan kita berpuasa .. bila tiba hari lebaran masing masing dengan pakaian baru tidak kira dari anak2 kecil hinggalah yang dewasa.. mahu menyambut Hari Raya setahun sekali.. seperti biasa kesibukkan menerima tempahan untuk jahitan manik serta shawls/tudung membuatkan sedikit kesuntukkan masa.. nasib la anak2 semua sudah besar .. masing2 mahukan pilihan sendiri .. cuma baju melayu untuk di pakai di hari raya saja di tempah.. selebihnya beli sendiri .. ha ha...
Kali ini tempahan di terima dari sahabat yang tidak henti2 mengantar baju bila tiba hari Raya .. terima kasih untuk Puan Khaleeda ..Baju Kurung berwarna hijau daun dengan sedikit lace di tampal di bahagian tangan memerlukan perincian utk mengadunkan warna2 yang sesuai dengan warna kain tersebut.. gabungan merah hijau, kuning keemasan dan kelabu akhirnya di gunakan dan alhamdullilah nampak elegant dan sangat cantik hasilnya...


















MelBeads
MelBeads
MelBeads
ROMANTIS terasa bila mana dress yang di beri kan warna nya sangat lembut.. warna mint hijau menjadi pilihan Cik Kadhija untuk di beadingkan supaya nampak lebih glamour... memandangkan pengantin baru ini ayu dan cantik baju dress nya seakan2 mewakili dirinya yang lembut dan ayu... tidak nampak keterlaluan sarat dengan beading yang terlampau cukup hanya mengunakan manik sedikit dan batu2 menambahkan seri dress labuh dan si pemakai.. 

SELAMAT PENGANTIN BARU KHADIJA DAN SUAMI ...
Semoga anda berdua melayari alam baru dan bahagia hingga ke akhir hayat...Insyaallah.. amin..
















MelBeads
INDAH sungguh Majlis resepsi
Pasangannya pula kacak bergaya
Semoga keduanya sayang menyayangi
Insyaallah .. mudah mudahan berkekalan hingga ke syurga


Untuk Majlis Resepsinya pula baju kebaya pendek berwarna kelabu perak di padankan dengan kain berwarna ungu terung  ... Lace di susun cantik dan di jahit manik mengikut warna2 ungu, kelabu, putih ..untuk menambahkan sedikit kelainan dihighlight kan pula warna2 turquois biru dan hijau dan batu2 manik yg berwarna warni...apa apapun kerjasama sngt penting kerana ianya harus mengikut kehendak pengantin supaya nampak eksklusif dan mewah... mengambil masa selama 2 minggu bagi menyiap kan sepasang baju ini amatlah mencabar.. tetapi yang penting kepuasan di pihak pengantin ,, tidak sabar untuk melihat pengantin bergaya di hari persandingan nya nanti.. Jom kita tgk hasilnya...













MelBeads
WARISAN yang di pelihara tetap di jaga
Indah sungguh bila di pakai
Pengantin anggun di singgahsana
Gilang gemilang di Majlis Berinai ..


Kain broket seakan texture songket ini sangat sesuai dengan pengantin untuk Majlis Berinai pada malam nih... jahitan maniknya pula tidaklah keterlaluan memadai hanya untuk menaikkan seri nya supaya tampak klasik...