MelBeads
Hari ini genaplah 5 tahun pemergian IBUNDA tercinta.. semoga arwah ditempatkan bersama sama org yg beramal soleh .. amin ..AL-FATIHAH!!

Allahyarham Sarinah bt Sahit
Labels: 0 comments | | edit post
MelBeads
Dah 5 hari kita berada di bulan Syawal , menyambut Hari Raya Aiidilfitri , masa untuk menerima tetamu dan melawat rakan2 dan saudara mara... baru saja balik dari melawat kakak dan abg yang berada di Ipoh sambil menziarahi pusara ayahanda tercinta... pulang ke Kuala Lumpur pada hari raya ke 3 dan menerima tetamu yg datang berziarah.. sama samalah kita bermaaf maafkan sempena bulan yg mulia ini....
MelBeads
Setelah Umat Islam menjalankan ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan ..kini 1 Syawal menjelma tiba.. dengan terdengarnya Takbir Raya  menandakan umat islam akan menyambut HARI RAYA AIDILFITRI... kami sekeluarga sibuk membuat persiapan menyambut syawal .. keesokkan harinya bermula dengan Solat Hari Raya, menziarahi pusara ibunda tercinta..dan kami akan kerumah keluarga yg berada di Kuala Lumpur,,sebelum pulang ke Ipoh pada hari raya ke dua... disini saya ingin mengucapkan kepada semua sahabat dan taulan serta keluarga tersayang SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI!!!



MelBeads
Ok...yg ni last baju...sblum start balik 2 minggu lagi...check it out...



























MelBeads
Penat sungguh minggu nih...terpaksa menghabiskan jahitan kepada baju2 yg ditempah...hanya tinggal se helai je lagik..barulah dpt mulakan baju raya sendiri pulak...mana aci ..nk gak lip lap bila raya nanti..hahhaaa... kueh pun lum buat lagi.. semangat nk buat mmg dr awal puasa lagi... tp...rasany sempat wat kueh siput je...itu pun men uli2 dan goreng..hahhaa...oh ye ! nanti kolum len tempek lagik hasil jahitan terbaharu... tunggu sat noooo!!!
ok..yg ni  jahitan crumble di tangan sahaja..








  yg ni khas utk resepsi pengantin









MelBeads
Seluruh Rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 53 tahun pada hari nih...keamanan dan kesejahteraan yg kita kecapi menjadikan hidup penuh bermakna di bumi Malaysia yang indah ini... perubahan dari zaman ke zaman amat ketara dengan kerharmonian dan kenikmatan setiap individu ..marilah kita sama2 menafaatkan apa itu MERDEKA dan MERDEKA kah kita sepenuhnya....


MelBeads
Alhamdullilah, sudah dua minggu kita menyempurnakan ibadah puasa... kesihatan yg sihat dalam menjalankan perintahnya... mulalah  dengan kesibukan  bagi umat islam dalam persiapan menyambut Hari Lebaran pula... aku masih gigih menyiapkan segala tempahan2...rasanya tidaklah sampai tidak ada untuk persiapan bagi Hari Lebaran nanti.. hanya ada 2 3 lagik tempahan yg perlu di bereskan  ... so nanti di updatekan lagi k..
yang ni  baju yang sempat di buat sebelum di serahkan kepada pelanggan2...