MelBeads
MEKAR SARI ilham di ambil dari warna bunga kertas di halaman rumah.. hahhaha.. tengah dok menyiram pokok bunga di belek2 la bunga kertas berwarna jingga yang sememangnya tidak berbau tetapi sangat cantik.. hahhaa..tetiba teringat pula  baju  yang nak dijahit ni pula warna kain agak sama so kira senanglah .. di campurkan sana sini manik2 kecil dan sequins terang berwarna jingga.. nak menaikkan seri baju berwarna coklat dan jingga... mengambil cebisan lace yang lebih .. susun mengikut kehendak di bahagian depan dan di kedua belah tangan.. nampak begitu comel dan cantik di padankan dengan corak kain yang besar.. so bila dah jadi .. hahhaha cantik pulak dipandang...  jom kita tgk kesudahannya beadings kali neh...

























MelBeads
LILI BLOSSOM secantik nama bunga LILI .... indah mekar lagi harum ...secantik juga jahitan kali ini, di jahit manik dari rekaan bunga sekuntum dan taburan bunga2 kecil , sudah memadai menyerlahkan keayuan si pemakai..di  jahit manik di kedua belah tangan baju kurung supaya nampak cantik serta ayu  dan tidak di baju memandangkan corak baju terlalu ketara... hasilnya seperti biasa nampak lebih classy dan nyaman... jom kita tgk apa dh jadi... hahahha...





 




 


 









MelBeads
BLACK BEAUTY kali ini daripada kain chiffon warna hitam atas permintaan sahabat yang inginkan warna hitam , di adun pula dengan sequins berwarna putih dan kelabu , berserta beads2 hitam dan kelabu.. dijahit di permukaan atas kepala dan di bahagian bawah tudung.. tudung ala-ct ini di jahit tidak terlampau sarat , hanya 2 bahagian saja di titik beratkan.. di sekeliling bahagian tudung hanya di jahit manik2 berwarna kelabu dan hitam ..jom kita tgk kesudahannya.. hahhaha












MelBeads
CAMELIA  secantik dan seindah garapan hasil tampalan kain lace kali ini.. Kain chiffon yang lembut   berwarna merah garang di letakkan lace  lace berwarna hijau laut .. hanya di jahit di bahagian atas tudung bahagian kepala hadapan.. dengan manik dan sequins yang sarat membuatkan ianya cantik terletak di atas  kepala.. sedikit di letak juga manik gan sequins warna campuran merah, putih dan warna hijau laut.. menarik bukan , betapa contrast kedua warna tersebut tp hasilnya sangat lah memuaskan.. Masih lagi dalam Koleksi Melbeads ready made tudung ala -ct ini dengan harga yang amat berpatutan...  .. buleh di pakai hanya tudung saja bagi yang gemar memakainya begitu dan yang bertudung penuh buleh juga di gayakan dengan memakai inner di dalamnya , pelbagaikan inner didalam supaya nampak lebih cantik dan menarik ...sekira ada yang berminat buleh mendapatkan nya disini atau yang mahu membuat tempahan untuk citarasa sendiri .. so jom intai2 hasil kali ini...

































bahagian  lace diatas kepala






MelBeads
TIARA khususnya di letak di atas kepala ...sedikit di ambil ala2 susunan tiara lah neh..hehehhe  .. tapi actually bukanbya betul2 tiara pun ..cuma kain lace percaan yang tidak di guna lagik itu diambil dan di potong untuk di letakkan di atas kain chiffon berwarna shocking pink ini .. lace berwarna biru pirus ini saja di padankan dengan warna pink shocking nih.. warna keduanya agak terang.. tp tidak keterlaluan memandangkan bila padanan ini di hasilkan ianya memang nampak cantik dan ekslusif .. memang design2 tudung kali ini banyak memainkan kain2 lace ..tetapi masih menerapkan elemen2 indah dan menarik.. selalunya bila kita pergi ke butik2 menjual tudung memang harga2 nya sedikit mahal tetapi tidak di Melbeads ianya amat berpatutan... so jom kita intai2 design simple kali ini.....























Beadings dibahagian belakang bawah tudung



beadings di bahagian atas kepala tudung...
MelBeads
PESONA melihat bila mana kombinasi warna menjadi indah.. tambah lagi dengan warna2 yang lembut.. seperti merah jambu yang lembut di letakkan pula kain lace berwarna hijau lembut.. actually kain lace neh lebihan dari baju yang di tempah dulu.. tgk masih elok lagi dan tidak mahu membazir dicantum kan keatas kain lembut chiffon untuk di buat tudung.. .kelihatan sangat menarik apatah lagi susunan  bunga2 lace itu di susun dibahagian hadapan , sedikit disusun  di belakang (agar nampak menarik dr belakang tudung) dan selebihnya di atas bahagian kepala tudung.. Koleksi kali nih agak berlainan dengan yang berwarna biru tetapi masih mengunakan tudung ala ct...  ni dia hasilnya...





























MelBeads
REMBULAN TERANG hilang di mata
Awan berarak seakan mendung
Manik di tabur indah sentiasa
Si cantik angun manis bertudung

Kain yang lembut di jahit rapi
Di jahit di beri sentuhan tersendiri
Aduhai anggun sicantik nanti
Memperaga tudung sentuhan terkini

Jahitan tudung ala CT ni adalah sebahagian dari koleksi Melbeads.. masa tidak mengizinkan kerana tidak berkesempatan nak membuatnya.. apalagi masih banyak lagi yang perlu di selesaikan tapi asyik tertangguh je.. Ingatkan dapat lah membuatnya  tahun lepas.. hahhaa.. tp tak berhasil .. hu hu .. dalam kesibukan tuh sempat jugak untuk mula memjahit tudung2 neh... hehhehe..  kita tengok hasilnya tudung kain chiffon bersama lace....