MelBeads
The heart of a mother is a deep abyss at the bottom of which you will always find forgiveness.
HAPPY MOTHER's Day to all Melbeads readers ........
|
MelBeads
JALINAN KASIH la pulak.. heheh.. tak menahan betul tajuk entry kali neh.. main redah je lah dulu ye.. nanti dapat nama yang elok sket kita ubah bagi sedap.. hahhaha.. tapi kan.. bila di tengok dari susunan corak batik sutera kali nih memang berantai2 kan.. so kira oklah
JALINAN KASIH di beri nama.. hahhaha.. sahabat ni datang dengan hajat nak baju kurung nya di jahit manik ..dia nak semua bahagian bunga dan corak di terapkan dengan warna2 nya.. sepadan dengan warna yang di lukis di sutera batik ni warna2 ungu, pink lembut, biru, serta hijau di campur2 supaya ianya gabungan tersebut cantik bila siap.. katanya nak di pakai pada Hari Raya tahun nih.. hahhaha.. tp dah siap dh.. so simpan je lah dulu.. boleh ke tahan setakat memandang je... hahaha
Hasilnya.........bolehlah kita lihat di bawah ini.. tampak lebih segar dari sebelum baju nya di beri kerana warna nya agak kusam dan x bermaya.. setelah di beri sedikit highlight sana sini
JALINAN KASIH tampak betul2 terserlah... jom kita tgk.. !!! hahhaha
MelBeads
SUTERA D HATI - sambungan dari baju yang ke dua di beri.. hahhah.. kali ini kain Sutera thai berwarna
PEACH.. masih lagi menggunakan tema bunga tetapi kali ini lace tampalan di buat atas kain peach tersebut.. di tampal pada bahagian tangan dan bahagian bawah kaki baju.. setelah di jahit barulah di mula kan dengan beadingsnya... campuran mainan warna2 yang agak tenang tidak terang tetapi masih dpt di lihat jahitan beadings tetap membuatkan gabungan baju dan beadings amat terserlah... kelihatan anggun setelah siap nanti.. warna2 hijau, kuning dan peach dengan pelbagai beads dan sequins di gunakan... sekali lagik kita tgk lah hasil jadi macamana.. hahhaha...
MelBeads
SUTERA D HATI ...memang menjadi idaman setiap wanita lebih lebih lagi kalau ianya sutera thai yang sememangnya cantik dan classy ... sedikit bersinar dan tampak elegant bila memakainya.. 2 helai kain sutera thai di beri oleh sahabat ini untuk di beadingskan baju kurung modern untuk yang tersayang.. memandangkan kain yang berkualiti ini sedikit berhati2 supaya tidak merosakkan kain sutera tersebut.. beadings perlu di lakukan dengan teliti agar hasil campuran dari warna2 manik dan sequins nampak seimbang dan cantik.. kita mulai dengan kain
SUTERA THAI TURQUOISE BLUE setelah di gabungkan dengan warna2 pink, purple , dark blue n green , touch up dengan sedikit warna2 lain... So apa kata kita tgk hasilnya.. menjadi ke tidak neh... hahhaah
MelBeads
UNGU selalunya di padankan dengan warna kelabu cerah .. ianya begitu seimbang setelah di letak manik2 kecil bentuk bulat serta sequins yg berwarna unggu cerah dan kelabu.. ingin menampak sedikit kelihatan eksklusif di letakkan pulak batu2 , pearls2 berwarna ungu, kelabu, maroon dan putih.. campuran sebegini perlu untuk menaikkan lagik seri di atas beadings dikain lace tersebut.. si pemakai inginkan campuran kelabu dan ungu untuk tema bagi Majlis Pertunangan anak beliau yang akan berlangsung di Jalan Ampang nanti.. Tudung pula di jahit mengambil cebisan kain lace dan di letakkan di tudung supaya ianya nampak seiimbang bila memakainya nanti.. ianya pasti kelihatan menawan ...Jom kita tgk hasilnya..
Tudung di sesuaikan dengan baju kurung moden td
|
MelBeads
MEKAR SARI ilham di ambil dari warna bunga kertas di halaman rumah.. hahhaha.. tengah dok menyiram pokok bunga di belek2 la bunga kertas berwarna jingga yang sememangnya tidak berbau tetapi sangat cantik.. hahhaa..tetiba teringat pula baju yang nak dijahit ni pula warna kain agak sama so kira senanglah .. di campurkan sana sini manik2 kecil dan sequins terang berwarna jingga.. nak menaikkan seri baju berwarna coklat dan jingga... mengambil cebisan lace yang lebih .. susun mengikut kehendak di bahagian depan dan di kedua belah tangan.. nampak begitu comel dan cantik di padankan dengan corak kain yang besar.. so bila dah jadi .. hahhaha cantik pulak dipandang... jom kita tgk kesudahannya beadings kali neh...
MelBeads
LILI BLOSSOM secantik nama bunga
LILI .... indah mekar lagi harum ...secantik juga jahitan kali ini, di jahit manik dari rekaan bunga sekuntum dan taburan bunga2 kecil , sudah memadai menyerlahkan keayuan si pemakai..di jahit manik di kedua belah tangan baju kurung supaya nampak cantik serta ayu dan tidak di baju memandangkan corak baju terlalu ketara... hasilnya seperti biasa nampak lebih classy dan nyaman... jom kita tgk apa dh jadi... hahahha...