MelBeads
KESUMA JIWA lah ye... tak menahan tajuk neh... hehehe... kira ni dah kehabisan tajuk la kut... tp seronok gak kan.. kalo skema je dh lemau dh pulak... anyway jahitan beads kali ni pun kira baju sendiri lah... 3 tahun lepas punya... tak pakai2 lagik.. ni sume gara2 nak bermanik2 lah... takde masa untuk baju sendiri.. lagi pun senang sket sebab sulaman dah ada cuma tambahkan je sedikit manik2 tuh... bukan susah sangat tapi masa tak do... hahahha.. kain ni pun kawan yang beri.. warna yang banyak tp oklah kalau di jahit simple yang boleh... tak la nampak kacau bilau... hehhehe... nah tempek la sket tuk menjamu mata ye tak...











MelBeads
The heart of a mother is a deep abyss at the bottom of which you will always find forgiveness. HAPPY MOTHER's Day to all Melbeads readers ........





MelBeads
JALINAN KASIH la pulak.. heheh.. tak menahan betul tajuk entry kali neh.. main redah je lah dulu ye.. nanti dapat nama yang elok sket kita ubah bagi sedap.. hahhaha.. tapi kan.. bila di tengok dari susunan corak batik sutera kali nih memang berantai2 kan.. so kira oklah JALINAN KASIH di beri nama.. hahhaha.. sahabat ni datang dengan hajat nak baju kurung nya di jahit manik ..dia nak semua bahagian bunga dan corak di terapkan dengan warna2 nya.. sepadan dengan warna yang di lukis di sutera batik ni warna2 ungu, pink lembut, biru, serta hijau di campur2 supaya ianya gabungan tersebut cantik bila siap.. katanya nak di pakai pada Hari Raya tahun nih.. hahhaha.. tp dah siap dh.. so simpan je lah dulu.. boleh ke tahan setakat memandang je... hahaha

Hasilnya.........bolehlah kita lihat di bawah ini.. tampak lebih segar dari sebelum baju nya di beri kerana warna nya agak kusam dan x bermaya.. setelah di beri sedikit highlight sana sini JALINAN KASIH tampak betul2 terserlah... jom kita tgk.. !!! hahhaha











 











MelBeads
SUTERA D HATI - sambungan dari baju yang ke dua di beri.. hahhah.. kali ini kain Sutera thai berwarna PEACH.. masih lagi menggunakan tema bunga tetapi kali ini lace tampalan di buat atas kain peach tersebut.. di tampal pada bahagian tangan  dan bahagian bawah kaki baju.. setelah di jahit barulah di mula kan dengan beadingsnya... campuran mainan warna2 yang agak tenang tidak terang tetapi masih dpt di lihat jahitan beadings tetap membuatkan gabungan baju dan beadings amat terserlah... kelihatan anggun setelah siap nanti.. warna2 hijau, kuning dan peach dengan pelbagai beads dan sequins di gunakan... sekali lagik kita tgk lah hasil jadi macamana.. hahhaha...






















MelBeads
SUTERA D HATI ...memang menjadi idaman setiap wanita lebih lebih lagi kalau ianya sutera thai yang sememangnya cantik dan classy ... sedikit bersinar dan tampak elegant bila memakainya.. 2 helai kain sutera thai di beri oleh sahabat ini untuk di beadingskan baju kurung modern untuk yang tersayang.. memandangkan kain yang berkualiti ini sedikit berhati2 supaya tidak merosakkan kain sutera tersebut.. beadings perlu di lakukan dengan teliti agar hasil campuran dari warna2 manik dan sequins nampak seimbang dan cantik..  kita mulai dengan kain SUTERA THAI TURQUOISE BLUE setelah di gabungkan dengan warna2 pink, purple , dark blue n green , touch up dengan sedikit warna2 lain... So apa kata kita tgk hasilnya.. menjadi ke tidak neh... hahhaah




















MelBeads
UNGU  selalunya di padankan dengan warna kelabu cerah .. ianya begitu seimbang setelah di letak manik2 kecil bentuk bulat serta sequins yg berwarna unggu cerah dan kelabu.. ingin menampak sedikit kelihatan eksklusif di letakkan pulak batu2 , pearls2 berwarna ungu, kelabu, maroon dan putih.. campuran sebegini perlu untuk menaikkan lagik seri di atas beadings dikain lace tersebut.. si pemakai inginkan campuran kelabu dan ungu untuk tema  bagi Majlis Pertunangan anak beliau yang akan berlangsung di Jalan Ampang nanti.. Tudung pula di jahit mengambil cebisan kain lace dan di letakkan di tudung supaya ianya nampak seiimbang bila memakainya nanti.. ianya pasti kelihatan menawan ...Jom kita tgk hasilnya..
























Tudung di sesuaikan dengan baju kurung moden  td



MelBeads
MEKAR SARI ilham di ambil dari warna bunga kertas di halaman rumah.. hahhaha.. tengah dok menyiram pokok bunga di belek2 la bunga kertas berwarna jingga yang sememangnya tidak berbau tetapi sangat cantik.. hahhaa..tetiba teringat pula  baju  yang nak dijahit ni pula warna kain agak sama so kira senanglah .. di campurkan sana sini manik2 kecil dan sequins terang berwarna jingga.. nak menaikkan seri baju berwarna coklat dan jingga... mengambil cebisan lace yang lebih .. susun mengikut kehendak di bahagian depan dan di kedua belah tangan.. nampak begitu comel dan cantik di padankan dengan corak kain yang besar.. so bila dah jadi .. hahhaha cantik pulak dipandang...  jom kita tgk kesudahannya beadings kali neh...