MelBeads
MEKAR dengan kuntuman kecil2 bunga kain chiffon neh.. nak di jadikan lebih menarik di designkan menjalar dr bawah ke atas.. memandangkan kain nya plain saja so menariklah kalo di lukis mengikut bunga2 kuntum MEKAR dangan rantingnya di susun dengan manik2 pearl campuran serta manik2 bersegi empat.. katanya nak kelaianan sket.. hahhaha.. rasanya nampak simple tapi tetap menawan dengan alur2 dahan dari manik2 pelbagai warna serta bunga2 kecil dari kain chiffon yang berlainan warna ..jom tgk kesudahan dari snaps gambar2 neh...































MelBeads
SEROJA  di susun dari atas bahu ke bawah.. hasil dari kuntum bunga2 kain chiffon pasti menarik bagi paparan kali ini...memandang corak kain yg agak abstrak dan gelap apakata di jahit manik2 dan sequins serta kuntuman kain di hias dengan begitu terperincin.. di selitkan pula batu besar dan di kecil .. warna kain harus juga di ambil kira dan perlu ada keserasian antara gabungan corak serta hiasan manik... masih lagik menjadi pilihan pemilik baju yang menyerahkan bulat2 untuk di realisasikan di atas baju beliau... Mengambil gambaran bunga SEROJA bagi mencantikkan baju kali ini....

















MelBeads
TABURAN KASEH HATI di atas hamparan kain batik tulis crepe ini di hiasi dengan rata ratanya manik pelbagai bentuk ... di jahit bagi menyerlah kan baju kurung supaya nampak timbul .. tidak mahu nampak terlalu sarat dengan manik ianya di jahit se minima yang boleh agar tidak terlalu bercelaru.. Highlight hanya di buat di kedua belah tangan .  Tumpuan jahitan tidak terlalu nampak serabut hanya di ambil sedikit manik2 di biar bertaburan di jahit mengikut lukisan batik tersebut...
snapshot tuk kali neh....


















MelBeads
FLORA dari sentuhan batik crepe ini membuahkan hasil yang amat sesuai skali dengan lukisan batik tangan ini.. gabungan warna lukisan batik sekali gus senang mempelbagaikan cantuman elemen2 manik dan beads agar ianya kelihatan menawan.. meminta di jahit di bahagian hadapan saja dan sedikit di kedua belah tangan hanya mengambil masa selama 2 hari ... walaupun bergegas nak menyiapkan nye.. tapi hasil tetap la di jaga ... Di bahagian lukisan  FLORA itu pula di hasilkan dengan sequins berwarna terang  dan beads nya pula di ambil sebagai pelengkap tempahan kali ini... Jom kita tgk shot2 kali ini...






















MelBeads
ANGGUN kelihatan tatkala si pemakai memakai pakaian long dress ini nanti.. inginkan sedikit kelaianan dari biasa yg mahu di gayakan ketika menghadiri majlis di hujung bulan nanti.. Yang empunya baju mahu nampak lebih ANGGUN di samping suami ... mahukan gaya yg lain... kali ini dihasilkan dengan cubaan yang sama menambahkan kuntuman bunga2 dengan deretan di dada  baju dan di kedua belah tangan.. bukan hanya kuntuman bunga malah di selarikan dengan manik2 serta sequins tabur juga di selitkan agar kelihatan bercahaya... padanan baju long dress berwarna ungu di padan dengan warna hijau/kuning dan putih... jom kita tgk hasilnya kali ini... berjaya ke tidak.. hahhaha...



























MelBeads
Sedikit paparan dari jahitan untuk Layah yang di jahit bersama baju lace biru muda laut dan merah jambu... Layah yang agak panjang berjurai itu  jahit  untuk menaikkan seri si pemakai... sedikit snaps yang untuk layah pengantin...












MelBeads
GELORA kasih bagi setiap pasangan yang bertemu dengan pasangan nya menjelang hari bahagia iaitu hari perkahwinan... setelah selesai adat pernikahan kini di susuli pula si pengantin perempuan bertandang ke rumah pengantin lelaki.. tema busana pengantin berwarna biru laut dengan warna merah jambu menjadi pilihan ... tidak mahu terlalu sarat dengan manik di tubuh kali ini di adun kan pula dengan tampalan kuntum2 bunga dari kain chiffon ... bukan hanya di baju malah layah untuk si pengantin di jahit sekali ... harapan agar pengantin kelihatan anggun dan cantik seindah GELORA  di hati ketika bertemu si suami..... sedikit paparan kali ini...


















MelBeads

HITAM ITU MENAWAN seperti dalam lagu Hitam hitam si tampuk manggis, kulit nya hitam tetap di pandang manis.. apatah lagik bila si pemakai ingin memakai warna hitam bersama warna emas dan perak untuk menghadiri majlis pada 18hb nanti.. sedikit susunan bunga hitam dari atas ke pinggang dengan cantuman batu2 berwarna kuning emas bg menampakkan kelainan bunga tersebut.. dengan pemakaian yg simple serta di sesuaikan dengan tudung yg di peragakan nanti pasti kelihatan menarik dan cantik.. sedikit pics hasil kali ini...













 











MelBeads
DAHLIA kuntuman bunga dari kain chiffon ini hanya dijadikan sebagai hiasan menarik di baju dgn cantuman kain chiffon lembut sedikit manik bulat dan di tengah2 pula permata ungu bagi hiasa di tepinya... Baju kain creepe ini ada lah hasil batik sutera yang abstrak designnya tetapi diletakkan pula lace yg amat cantik..  Manik2  yang dipilih  pula di jahit di atas lace td supaya ianya seimbang supaya di garap agar ianya bersesuaian dengan warna dan design di lace tersebut...  

Kontras warna amat berbeza tetapi masih lagi mampu untuk menaikkan seri baju si pemakai.. di jahit di kedua belah tangan agar baju tersebut nampak menarik dan cantik... foto2 yang di ambil untuk tatapan bersama....