MelBeads
INDAH kan bila mana corak fabrik yang lain dari yang lain .. selalunya fabrik batik byk bercorak flora dan fauna... tapi kali nih sedikit kelainan pada corak fabrik batik ini.. nampak lebih anggun dan menawan.. suka sangat dengan corak begini dan di bahagian hadapan baju tersebut kelihatan sangat camtik...
Kali ini sequins banyak di gunakan, begitu juga dengan mutiara2 pelbagai size dan batu2 .. perlu ketelitian dlm menghasilkan nya...
















MelBeads
SUTERA BIRU batik ini sangat cantik kan... Fabrik nya aje dah cukup menawan hati .. ini belum lagi bila di tambah dengan baru2 berwarna biru, kelabu, putih dan sequins berwarna biru gelap.. di tambah dengan batu2 berkilat dan mutiara2 pelbagai warna ini.. memang kelihatan sangat anggun dan classy .. bak kata my friend .. cantik sangatlah sampai rasa nak makan2 ..( agaknya teruja melihat baru2 pelbagai warna tu kut..)  ha ha  ...  Kita tgk hasilnya pics nya...











MelBeads
LACEY LACE



(C) Koleksi shawls/Tudung kali ini berwarna biru laut dan lace nya pula berwarna pink lembut.. di jahit di keliling shawl dan di bahagian tengah tudung tersebut di jahit bunga2 kecil lace supaya kelihatan bunga2 tersebut bertaburan di atas tudung tersebut... Nampak sangat simple tetapi tetap kelihatan anggun ...tudung tersebut telah pun di miliki oleh tuannya... Jom kita lihat hasilnya...









MelBeads
LACEY LACE -


(B) - Shawls/tudung berwarna jingga ini di minta oleh pelanggan ini khas untuk padanan Jubahnya yang berwarna Jingga ... saja untuk nampak kan kelainan kerana Jubahnya yang simple dan plain sedikit lace letak di bahagian tengah atas shawlnya... alhamdullilah beliau amat berpuas hati ...










MelBeads
LACEY  LACE ... Untuk entri kali ini ada lah Koleksi shawls/tudung custom made yang di minta oleh pelanggan yang menngemari shawls chiffon untuk ke Majlis2 tak kira lah majlis perkahwinan, cukur jambul mau pun majlis2 lain... boleh di gayakan dengan baju kurung , Jubah , dress labuh atau pun pakaian kasual...  jom kita lihat hasilnya....


(A) - Shawls Chiffon berwarna Lavender bersama lace tampal di bahagian tepi tudung...









MelBeads
INDAH kan ...Fabrik sutera Batik yang sangat eksklusif ini sangatlah cantik dengan warna yang redup dan romantis.. ditampal dengan lace yang sangat cantik .. ahhhhh tidak keterlaluan bila terasa teruja sangat untuk meletakkan manik2 dan batu2 kristal supaya ianya kelihatan lebih anggun dan menawan ..ada beberapa keping pics untuk tatapan bersama... enjoy!!














MelBeads
Setelah sekian lama akibat kesuntukkan masa mengupdate status dan juga foto2 yang tertangguh akibat kesibukkan yg melanda .. Selama 2 bulan kebelakangan ini memang tertalu sibuk hinggakan semuanya terpaksa di tangguhkan dulu.. nak mengadap pc pun tak sempat ...hahaha tetapi hari ini ada sedikit masa dan peluang ini diambli utk mengupdate mana yang tertinggal...
Baju kurung yang di pinta oleh Puan Yati yang mahukan jahitan manik dan campuran sequins .. memandangkan warna fabriknya sedikit kusam kita serlahkan warna yang sedikit garang dengan manik2 kecil pelbagai warna dan sedikit batu2 agar ianya kelihatan menarik dan cantik...

















MelBeads
ILHAM CIPTA dari kombinasi jahitan bunga 3D dan di sulam dengan pearls yang berwarna biru tua, merah dan putih . ... ditambah dengan manik2 bulat  juga perlu untuk menaikkan seri material tersebut...  Top blouse yang sangat simple dan classy ini amat sesuai dengan beadings yang tidak terlalu  berat tetapi  ianya tetap nampak anggun dan elegant...
















MelBeads
PERTAMA KALI  menjahit beads untuk dress labuh bagi Puan Nadia yang hamil 4 bulan... walaupun pun hamil tak salah untuk beliau kelihatan cantik.. dress plain berwarna peach jingga ini di padankan dengan lace warna hijau laut ..di susun mengikut susunan supaya ianya kelihatan kemas dan cantik... sedikit pearl dan beads berserta sedikit permata untuk menyerlahkan dress tersebut... jom kita tgk hasilnya...

























MelBeads
COCOA LACE cantik sungguh lace ini.. warna cocoa dengan gabungan kain berwarna kelabu ungu ini... di potong menyerong di bahagian bawah tangan dengan di tampak pula kain lace yang seakan kembang di bawah.. harus di beadings kan dibahagian lace tersebut tidak terlalu ringan dan keras.. beads akan membuatkan ianya berat dan jatuh kebawah dan barulah kelihatan cantik dan menawan... sesuai untuk di pakai di majlis2 rasmi dan rumah terbuka hari raya..









MelBeads
BATIK KEKAL TRADISI ... walaupun banyak design atau kain2 bercorak yang di jual di gedung2 sekarang ini tapi Batik masih ada peminatnya sendiri.. nampak klasik dan ada valuenya tersendiri... Batik kali ini warnanya sangat lembut begitu juga empunya baju ini.. tidak mahu keterlaluan memandangkan dia mahu memakainya selepas ini ke pejabat ... di adunkan dengan warna2 lembut asas batik tersebut lalu terhasilah baju kurung yang tetap menawan...









MelBeads
LEBARAN 2014 muncul lagi selepas sebulan kita berpuasa .. bila tiba hari lebaran masing masing dengan pakaian baru tidak kira dari anak2 kecil hinggalah yang dewasa.. mahu menyambut Hari Raya setahun sekali.. seperti biasa kesibukkan menerima tempahan untuk jahitan manik serta shawls/tudung membuatkan sedikit kesuntukkan masa.. nasib la anak2 semua sudah besar .. masing2 mahukan pilihan sendiri .. cuma baju melayu untuk di pakai di hari raya saja di tempah.. selebihnya beli sendiri .. ha ha...
Kali ini tempahan di terima dari sahabat yang tidak henti2 mengantar baju bila tiba hari Raya .. terima kasih untuk Puan Khaleeda ..Baju Kurung berwarna hijau daun dengan sedikit lace di tampal di bahagian tangan memerlukan perincian utk mengadunkan warna2 yang sesuai dengan warna kain tersebut.. gabungan merah hijau, kuning keemasan dan kelabu akhirnya di gunakan dan alhamdullilah nampak elegant dan sangat cantik hasilnya...