MelBeads
SERIBU IMPIAN ...  itulah harapan setiap insan yang akan bergelar isteri, tunangan orang atau yang dalam proses mengenali pasangan masing masing.. memandangkan BULAN DISEMBER adalah syurga bagi setiap pasangan yang akan berkahwin, bertunang, dan yang mula menngenali pasangan masing2 sebelum melangkah ke tahap seterusnya...  tidak sah lah kalau tiba musim ini kesibukan pun mula melanda... kali ini sahabat setia ingin menempah baju kurung modern dengan beadings untuk hari bahagia sepupu yang akan melangsungkan pertunangan pada hari SABTU ini.. baju kurung dari kain lace berwarna hijau muda dan pink muda ini memang satu kombinasi yang cantik ..tambahan lagi sedikit di campurkan dengan pearls berwarna pink dan gabungan beads2 berwarna pink, hijau muda, biru terang dan kuning dan sedikit batu2 berwarna biru agar naik seri dan menjadikan si pemakainya kelihatan ayu dan berseri...tidak terlalu sarat kerana akan di tambah dengan aksesori di bahagian dada .. simple but classy .. semoga dengan harapan kali ini agar iannya berlangsung dengan indah dan segalannya berjalan dengan meriah ....  jom kita lihat hasil dr baju pertunangan dan tudung untuk si dara yang memakainya...