MelBeads
Pemakaian Jubah telah menjadi trend sekarang ... selain merasakan selesa bila memakainya ia masih boleh lg kelihatan cantik ... ditambah dengan lace di bahagian hadapan dan beadings pula di jahit dengan batu2 dan manik utk kelihatan lebih menarik ... boleh lah di gaya kan sempena menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan di sambut oleh umat islam tidak lama lg...


















MelBeads
MelBeads
ELEGAN sangat baju ini bila beadings yang sangat telili dan berat di bahagian ke dua belah tangan .. dan kemudiannya di padankan dengan tudung yang sedikit di ambil bahagian lace utk dia letakkan di bahagian tepi tudung.. sangat elegan ketika di gayakan di majlis2 formal  ...









MelBeads
ANGGUN kan bila mana sedikit tambahan beadings baju akan menjadi lebih menarik dan  cantik .. kali ini baju kurung yang berwarna agak terang dan penuh corak di beadings kan di bahagian kedua belah tangan ... simple tp anggun ... jom kita tgk hasilnya ...












MelBeads
SINAR nya sangat terpancar bila di jahit batu2 yg pelbagai warna ini .. walaupun material bajunya sedikit terang tidak menjadi masalah bila inginkan batu2 yang berwarna ... ianya tetap memberi impak yg sangat cantik bila di letakkan di baju ... sesuaikan dengan sedikit beads yg agak berbeza ukuran sizenya .. kita tgk hasilnya.. LESS is MORE ...










Labels: 0 comments | | edit post
MelBeads
ANGGUN tiap kali bila melihat Baju Kurung yang berwarna biru muda ini .. 2 pasang Baju Kurung Ibu (Puan ANNIE) dan anak gadisnya ... Di gabung dengan warna lace yang agak terang juga... beadings yang sangat teliti di jahit mengikut kesesuaian corak lace tersebut .. Alhamdullilah kedua duanya sangat berpuas hati dengan hasilnya... Jom kita tgk ...


















MelBeads
PERMATA empat segi ini di jahit di atas blouse yang telah siap di jahit.. Baju yang berwarna kelabu ini sedikit kusam dan tuan empunya baju mahukan ianya nampak sedikit mewah dan anggun bila di pakai.. tidak mahu nampak biasa atau blouse yang di beri tidak sesuai untuk di jahit manik seperti di jahit di baju2 kurung, kita hanya gunakan batu2 empat segi permata besar di diletak kan dengan jarak diantara batu2 tersebut... di campurkan sedikit beads panjang dan batu2 yg berwarna white grey agar naik seri baju tersebut... jom kita tgk ..


























Labels: 0 comments | | edit post
MelBeads
ABAYA  atau jubah menjadi semakin ramai peminat di kalangan kaum wanita... sangat mudah dan selesa bila memakainya... tidak kira la di butik2 atau yang menjualnya secara online dengan mudah boleh memilih pelbagai fashion dan corak .. cuma yang berbadan sedikit besar atau yang terlalu kurus sukar untuk mendapatkan nya.. tetapi ada juga yang menempah utk mendapat baju yang amat sesuai dan selesa di pakai.. Abaya atau jubah kali ini sangat simple ... hanya utk menyerikan kain yang berwarna mustard green ini di letakkan manik, pearls pelbagai warna dan batu2 kristal beranika size...Terima kasih kepada Puan M yang sudi menempah dan beliau amat menyukainya ..










MelBeads
JELITA dan anggun kan bila hati tatkala kalau bershopping kita sering tertarik dengan kain material yang terang dan garang warnanya .. tp bukan semua yang gemarkan warna kain2 yang sebegini, yang berani saja suka bermain dengan warna2 sebegini itu pun terpulang pada citarasa masing masing... Pabila di berikan baju kurung oleh Puan Yatie selalunya dia hanya akan berkata .." U buat lah apa u suka dengan baju I nih... tp hasilnya mesti cantik dan vass ..." ok ok .. ha ha .. salah sorang client yang sampai sekarang masih lagi setia menghantar baju2nya untuk di beadingkan... alhamdulillah  ... kali ni baju kurung ini di tampal dengan lace berwarna unggu pekat dan diatasnya di jahit pula dengan sequins, batu2 kecil kristal dan manik2 pelbagai warna .. dengan warna2 yang agak sedikit terang dan lembut hasilnya amat menawan .. jom kita lihat ..











MelBeads
TUDUNG .. yang sama tetapi corak beadings yang berlainan  .. kali ini simple sahaja.. kuntuman bunga lace berwarna soft pink di jahit di tempat yang sama dan sangat sesuai di pakai di mana2 sahaja  .. tidak keterlaluan beadings nya.. pasti nampak anggun dan comel ..

TUDUNG (3)






MelBeads
TUDUNG yang kedua ini pula .. berwarna light lavender warnanya .. sungguh cantik material nya.. dengan konsep jahit style yang sama tetapi beadings yang berlainan .. masih kelihatan anggun walaupun hanya simple sahaja bedaingsnya  .. sesuai sangat kalau ke majlis2 kahwin atau majlis kasual .. jom kita tgk ...


TUDUNG (2)







MelBeads
TUDUNG yang materialmya sangat lembut di jahit untuk tudung yang sangat mudah untuk di pakai .. sedikit kedutan di tudung dan terus di sematkan diatas bahu .. beads dan sedikit kuntuman bunga di jahit di atas kedutan supaya ianya tidak terlalu kosong.. ada tiga helai tudung dan semuanya dengan beading yang berlainan .. -

TUDUNG (1)











MelBeads
CHIFFON LACE SHAWL berwarna mustard fabriknya di padankan pula dengan lace berwarna brown yang agak terang ... kombinasi warna agak sedikit kontraks tetapi setelah di jahit dan di beadingskan dengan se minimum yang mungkin ianya kelihatan sangat cantik .. manik2 dan sequins diletak untuk menaikkan seri lace yang berwarna brown tadi .. hasilnya memuaskan dan amda akan pasti lebih nampak anggun dengan citarasa memakainya kelak ...
















MelBeads
MUTIARA KASIH  .. cantikkan nama nih sepadan dengan Baju Kurung moden dengan fabrik jenis batik sutera .. coraknya abstrak tapi masih mengekalkan keaslian kain batik sutera tersebut.. suka dengan mainan batu2 pearl pelbagai warna dan diatas batu2 pearl tersebut setelah di jahit di letakkan pula jarinagn manik2 kecil .... di bahagian tengah baju pula di jahit manik2 gantung di sekeliling baju tersebut... sangat sesuai di gayakan di mana2 saja anda berada... bertambah anggun bila di pakai nanti...